Serangan dan penaklukan Mongol

Serangan dan penaklukan Mongol

Perluasan Empayar Mongol 1206–94
Tarikh1206–1337
Lokasi
Keputusan
Penaklukan Mongol ke atas sebahagian besar Eurasia
  • Pengasasan Empayar Mongol
  • Penghapusan
  • Pengvasalan ke atas
  • Kehancuran
  • Penaklukan separuh jalan ke atas Benua Kecil India dan Asia Tenggara
  • Kegagalan untuk menguasai Jepun dan Kesultanan Mamluk
  • Kemunculan Pax Mongolica

Serangan dan penaklukan Mongol berlangsung sepanjang kurun ke-13, menghasilkan sebuah Empayar Mongol yang besar yang mana menjelang tahun 1300, merangkumi sebahagian besar Asia dan Eropah Timur. Sejarawan mencadangkan bahawa serbuan dan serangan Mongol merupakan antara konflik paling berdarah dalam sejarah manusia. Selain itu, mereka juga membawa wabak bubonik bersama-sama mereka, menyebarkannya hampir ke seluruh Asia dan Eropah dan menjadi antara penyebab kehilangan nyawa dalam Black Death.

Empayar Mongol muncul dalam kurun ke-13 melalui siri-siri serangan dan penaklukan ke seluruh Asia Tengah dan Barat, dan tiba di Eropah Timur menjelang tahun 1240-an.

Serbuan ke atas Rusia oleh Tartar dan Mongol terus berlangsung selepas kejatuhan Empayar Mongol sekitar tahun 1260. Penaklukan wilayah di China oleh Mongol berterusan sehingga kurun ke-14 di bawah Dinasti Yuan, sementara puak-puak di Parsi kekal wujud sehingga kurun ke-15 di bawah Empayar Timurid. Di India, kekuasaan Mongol kekal sehingga kurun ke-19 melalui Empayar Mughal.