Senarai raja Portugal
| Raja Portugal dan Algarves | |
|---|---|
| Bekas keberajaan | |
| Royal Coat of arms | |
| Manuel II | |
| Raja pertama | Afonso I |
| Raja terakhir | Manuel II |
| Gaya | Lihat bawah |
| Kediaman rasmi | Istana Diraja Belem, Istana Diraja Ajuda, Istana Diraja Necessidades, Lisbon, Portugal |
| Keberajaan bermula | 25 Julai 1139 |
| Keberajaan tamat | 5 Oktober 1910 |
| Penuntut terkini | Duarte Pio |
Senarai ini ialah senarai raja-raja Portugis sejak merdekanya Portugal daripada kerajaan León di bawah Afonso Henriques, yang menggelarkan dirinya sebagai raja pada tahun 1139, sehinggalah Republik Portugal Pertama ditubuhkan pada 5 Oktober 1910, semasa takhta dipegang oleh Manuel II. Afonso I diiktiraf sebagai raja pertama, dalam tahun 1143, oleh Alfonso VII dari León dan Castile, kemudiannya oleh Paus Alexander III pada tahun 1179.