Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Institusi Pendidikan Agama (IPA) selain daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Berasrama Penuh Agama dan Kelas Aliran Agama, Sekolah Menengah Kebangsaan. Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalan satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan pada tahun 2002 oleh Menteri Pelajaran dan dicadangkan semula oleh Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad pada Ogos 2004.