Abul Ala Maududi
Sayyid Abul A'la Maududi (Urdu: سيد ابو الاعلى المودودی, dieja sebagai Syed Maudoodi; merujuk kepada Maulana Maududi) (25 September, 1903 – 22 September, 1979) merupakan salah seorang ulama abad ke-20 dan pengasas Jamaat-e-Islami (Parti Islam). Maulana Maududi merupakan seorang ahli falsafah, sasterawan, dan aktivis yang aktif dalam pergerakan dan perjuangan Islam di seluruh dunia. Maulana Maududi mendapat ilham daripada perjuangan Sayyid Qutb di Mesir iaitu Ikhwan Muslimin. Sebagaimana Qutb, Maududi merupakan tokoh pembangunan dan perjuangan Islam seluruh dunia.