São Paulo

São Paulo
Bandaraya
Bandar Raya
São Paulo
Photos of various famous places in the city.
Nama panggilan: Terra da Garoa (Tanah Gerimis) dan Sampa
Cogan kata: "Non ducor, duco"  (Latin)
"Ku bukan dipimpin, tetapi memimpin"
Negara Brazil
KawasanTenggara
Negeri São Paulo
Founded25 Januari 1554
Pentadbiran
 • Datuk BandarRicardo Nunes (MDB)
Keluasan
 • Bandaraya1,522.986 km2 (588.028 batu persegi)
 • Metro
7,943.818 km2 (3,067.125 batu persegi)
Aras
760 m (2,493.4 ft)
Penduduk
 (2009)
 • Bandaraya11,451,999 (#1)
 • Kepadatan7,216.3/km2 (18,690/batu persegi)
 • Metro
19,889,559
 • Kepadatan metro2,469.35/km2 (6,395.6/batu persegi)
DemonimPaulistano
Zon waktuUTC-3 (UTC-3)
 • Musim panas (DST)UTC-2 (UTC-2)
Poskod (CEP)
01000-000
HDI (2000)0.841–high
Laman sesawangBandaraya São Paulo
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "coordinates_region"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "pushpin_map_size"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "coordinates_display"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "population_demonym_title"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "coordinates_type"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "area_magnitude"

São Paulo (sebutan dalam bahasa Portugis: [sɐ̃w̃ ˈpawlu]  ( listen) "St. Paul") ialah bandaraya yang terbesar di Brazil, bandaraya yang terbesar di hemisfera selatan,d da kawasan metropolitan ke-7 terbesar di dunia. Bandaraya ini merupakan ibu negeri São Paulo, negeri paling ramai penduduk di Brazil. Nama bandaraya ini merupakan penghormatan kepada Santo Paul. São Paulo kuat berpengaruh dalam perdagangan dan kewangan serantau, dan juga kesenian dan hiburan. São Paulo dianggap sebagai Bandar Raya Alpha -.

Di bandaraya ini terdapat berbagai-bagai mercu tanda, misalnya Muzium Paulista, Muzium Kesenian São Paulo (MASP), Monumento às Bandeiras (Tugu Bendera), dan Jambatan Octávio Frias de Oliveira (Jambatan Estaiada). Lebuh Paulista di pusat bandar merupakan pusat kewangan terpenting di bandaraya ini.

Di kota ini juga terletaknya Bursa Saham São Paulo (BOVESPA), Pasaran Niaga Hadapan, dan Bursa Saham Pasaran Bijirin, bursa saham kedua terbesar di benua Amerika. Di São Paulo terbinanya juga antara bangunan-bangunan tertinggi di Brazil, khususnya Bangunan Mirante do Vale dan Bangunan Itália.

Dengan jumlah penduduk dianggarkan 11,037,593 orang di atas tanah seluas 1,523 kilometer persegi (588 bt2), São Paulo ialah bandaraya sebenar yang teramai penduduknya di Benua Amerika.

Bandaraya ini juga terletak di tengah-tengah kawasan metropolitan São Paulo yang amat ramai penduduknya, dengan kira-kira 19,889,559 orang pada tahun 2009 di atas kawasan seluas 7,944 kilometer persegi (3,067 bt2), iaitu kawasan metropolitan terbesar di negara. Kawasan metropolitan São Paulo adalah yang kedua teramai penduduknya di kedua-dua benua Amerika.

Warga kota São Paulo dikenali dengan gelaran paulistanos, manakala paulistas memaksudkan sesiapa dari seluruh negeri São Paulo, termasuk juga paulistanos. Cogan katanya dalam bahasa Latin yang dikongsi bersama kapal perang dan kapal induk pesawat yang sama nama dengannya, ialah Non dvcor, dvco, yang bererti "Ku bukan dipimpin, tetapi memimpin."