Reichstag

Reichstag ("Diet Diraja"; Latin: Dieta Imperii) atau Dewan Perundangan Empayar ialah parlimen Empayar Rom Suci. Ia dikembangkan dari sidang seharian Hoftag dilakukan sesama warga isi istana diraja sejak abad ke-12 pada zaman Empayar Frank di mana para bangsawan dan balatentera raja menghadap baginda.

Ia mempunyai tiga dewan:

  • Majlis pemilih Maharaja (Kurfürstenrat) diketuai Uskup Agung Mainz selaku "Kanselor Besar" (Führung des Kurerzkanzlers), ditetapkan kepada 7 anggota seiring Perjanjian Mohor Emas 1356
  • Majlis Raja-Raja Besar (Reichsfürstenrat) dianggotai pembesar (baron, graf) pimpinan uskup-uskup agung Salzburg dan Austria secara bergilir-gilir
  • Majlis Kota-Kota (Städterat) diketuai wakil kota-kota diraja (Reichsstädte) terbahagi lanjut kepada kerusi-kerusi (Banken) Rheinland dan Swabia, bersidang di Regensburg.

Titah Putus Raja (Reichsschlusses) yang menentukan undang-undang kerajaan dari mana-mana peringkat majlis diluluskan suara kebanyakan majoriti (Mehrheitsprinzip) sebelum perlu diterima sebulat suara ketetiga majlis diatas serta direstui Maharaja sekali.