Rajendra Chola I

Rajendra Chola I
Parakesari
Pemerintahan1012 CE - 1044 CE
Nama keputeraanMadhurantaka Chola
Tempat keputeraanThanjavur, Empayar Chola (hari moden Tamil Nadu, India)
Tempat mangkatBrahmadesam, Empayar Chola (Tiruvannamalai moden, Tamil Nadu, India)
DimakamkanBrahmadesam, Tamil Nadu, India
PendahuluRajaraja Chola
Rajadhiraja Chola I
PermaisuriTribhuvana Mahadeviyar
Mukkokilan
Pancavan Madeviyar
Viramadevi
Puteri Onangki
AnakandaRajadhiraja Chola I
Rajendra Chola II
Virarajendra Chola
Arulmolinangayar
Ammangadevi
AyahandaRajaraja Chola
AgamaSaivisme

Rajendra Chola I atau Raja Chulan oleh penduduk tempatan merupakan anak kepada Rajaraja Chola I, raja dinasti Chola agung dari India Selatan. Dia menggantikan ayahandanya pada 1014 C.E. sebagai maharaja Chola. Semasa pemerintahannya, dia meluaskan pengaruh empayar Chola yang sememangnya luas sehingga tebing sungei Ganges di utara dan menyeberangi lautan. Jajahan Rajendra mengliputi persisiran Burma, Kepulauan Andaman dan Nicobar, Lakshadweep, Maldives, menewaskan raja Srivijaya (Sumatra, Malay Peninsula Kedah Tua dan kepulauan Pegu dengan armada kapalnya. Dia menewaskan Mahipala, Dinasti Pala raja kepada Bengal dan Bihar, dan untuk memperingati kemenangannya dia membina ibu negara baru yang dikenali sebagai Gangaikonda Cholapuram. Tentera Tamil Chola menerima ufti dari Thailand dan kerajaan Khmer dari Kemboja. Rajendra merupakan raja India pertama membawa tenteranya merentasi lautan. Dia turut membina kuil bagi Siva di Gangaikonda Cholapuram, reka bentuk serupa dengan kuil Brihadisvara Tanjore yang dibina oleh Rajaraja Chola. Dia mengambil gelaran Parakesari dan Yuddhamalla.