Putera Henrique si Pelayar
| Putera Henrique si Pelayar | |
|---|---|
| Duque de Viseu | |
Seorang Putera dari Portugal dan Penaung penjelajahan Portugis | |
| Ayahanda | João I |
| Bonda | Philippa dari Lancaster |
Dom Henrique, Duque de Viseu (sebutan dalam bahasa Portugis: [ẽˈʁik(ɨ)]; Porto, 4 Mac, 1394 – 13 November, 1460 di Sagres) merupakan seorang infante (putera) dari kerabat Aviz dari Portugal dan juga merupakan seorang tokoh penting pada zaman awal Empayar Portugal, yang bertanggungjawab terhadap penjelajahan Eropah ke seluruh dunia lalu turut memperkenalinya dengan gelaran Henrique / Henry si Pelayar (Portugis: Henrique O Navegador).
Beliau merupakan putera ketiga João I, pengasas dinasti Aviz dan Philippa dari Lancaster, anak perempuan kepada John dari Gaunt. Beliau telah menggalakkan ayahandanya menakluk Ceuta (1415), sebuah pelabuhan milik orang Islam di pantai Afrika Utara di seberang Selat Gibraltar yang bermula di Semenanjung Iberia.