Pertubuhan antarabangsa

Pertubuhan antarabangsa merupakan sebuah pertubuhan dengan keahlian, skop, atau kehadiran antarabangsa. Terdapat dua jenis utama:

  • Pertubuhan antara kerajaan, juga dikenali sebagai pertubuhan kerajaan antarabangsa (IGO): jenis pertubuhan ini paling rapat dikaitkan dengan istilah 'pertubuhan antarabangsa', ini merupakan organisasi yang terdiri terutamanya negara bersekutu (dirujuk sebagai negara anggota). Contohnya Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) Organisasi untuk Keamanan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), Majlis Eropah (CoE), Kesatuan Eropah (EU; merupakan contoh perdana pertubuhan supranasional) dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). PBB telah menggunakan istilah "pertubuhan antara kebangsaan" selain "pertubuhan antarabangsa" untuk kejelasan.

Pertubuhan antara kerajaan pertama dan paling lama iaitu Suruhanjaya Tengah untuk Pengemudian di Rhine, diasaskan pada tahun 1815 oleh Kongres Vienna.