Perisian sistem
Perisian sistem ialah sejenis perisian komputer yang direka untuk menyediakan platform kepada perisian-perisian lain serta membenarkan pengurusan dan pengaturcaraan keseluruhannya oleh pengguna. Antara contoh-contoh sistem sebegini termasuk sistem operasi, sistem pengkomputeran, enjin permainan, automasi industri serta aplikasi perisian perkhidmatan.
Perisian penggunaan pula lebih merujuk kepada membenarkan pengguna membuat kerja seperti dokumen teks, bermain permainan, mendengar musik atau melayari Internet melalui pelayar web tertentu.