Perikatan ketenteraan
Perikatan ketenteraan adalah perjanjian antarabangsa mengenai keselamatan negara, apabila pihak-pihak terlibat berjanji untuk menolong satu sama lain sekiranya ada krisis yang belum dikenal pasti. Perikatan tentera berlainan daripada gabungan, kerana gabungan dibentuk untuk sesuatu krisis yang telahpun diketahui.
Perikatan tentera boleh diklasifikasikan kepada perjanjian pertahanan, perjanjian tidak menceroboh dan entente.