Perang Rusia-Turki (1877–1878)
| Perang Rusia-Turki (1877–1878) | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Monumen Plevna berdekatan tembok Kitai-gorod | |||||||||
| |||||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||||
|
Empayar Rusia Romania Serbia Montenegro Sukarelawan Bulgaria | Empayar Uthmaniyah | ||||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||||
|
Nicholas Nikolaevich Mikhail Skobelev Michael Nikolaevich Mikhail Loris-Melikov Joseph Gourko Ivan Lazarev Carol I dari Romania Kosta Protić |
Ahmed Muhtar Pasha Osman Pasha Suleiman Pasha Mehemet Ali Veisel Pasha | ||||||||
| Kerugian dan korban | |||||||||
|
Rusia: 27,512 terbunuh dalam pertempuran, hilang semasa perang, dan mati akibat kecederaan. 49,828 cedera. 46,000+ mati di luar tempur, kebanyakkan akibat penyakit. Romania: 4,302 mati dan hilang, 3,316 cedara, 19,904 sakit. |
30,000 terkorban, 90,000 mati akibat cedera atau penyakit | ||||||||
Perang Rusia-Turki (1877–1878) (Turki: 93 Harbi atau 1877-78 Osmanlı-Rus Savaşı) berlaku ekoran kebangkitan semangat nasionalisme di negara-negara Balkan selain di tujuan Rusia untuk mendapatkan wilayah yang mereka hilang dalam Perang Crimea, mewujudkan semula kehadiran mereka di Laut Hitam dan berikutan cubaan pergerakkan politik bagi membebaskan negara-negara Balkan dari kekuasaan Empayar Uthmaniyyah.
Akibat dari perang ini, Romania, Serbia dan Montenegro, setiap satunya memiliki kedaulatan de facto untuk beberapa ketika, secara rasminya mengistiharkan kemerdekaan daripada Empayar Uthmaniyah. Selepas empat abad kekuasaan Uthmaniyah (1396–1878), Bulgaria diwujudkan semula sebagai Prinsipaliti Bulgaria, meliputi tanah di antara Sungai Danube dan Pergunungan Balkan (kecuali Dobrudja Utara di mana diserahkan kepada Romania) dan kawasan Sofia, yang mana menjadi ibu negara baru. Kongres Berlin juga membenarkan Austria-Hungary untuk menduduki Bosnia dan Herzegovina dan United Kingdom untuk mengambil alih Cyprus, sementara Empayar Rusia menduduki Bessarabia Selatan dan kawasan Kars.