Penyakit arteri koronari

Penyakit arteri koronari
Nama lain
Penyakit jantung arteriosklerosis, penyakit jantung aterosklerosis, penyakit vaskular aterosklerosis, coronary heart disease
Ilustrasi yang menggambarkan aterosklerosis dalam arteri koronari
PengkhususanKardiologi, pembedahan jantung
GejalaSakit dada, sesak nafas
KerumitanKegagalan jantung, abnormal heart rhythms, serangan jantung, kejutan kardiogenik, jantung terhenti
PuncaAterosklerosis arteri jantung
Faktor risiko
Tekanan darah tinggi, merokok, kencing manis, kurang bersenam, obesiti, kolesterol darah tinggi
Elektrokardiogram, uijan tekanan jantung, angiografi tomografi komputer koronari, angiogram koronari
PencegahanDiet sihat, senaman berkala, mengekalkan berat badan unggul, tidak merokok
Rawatanintervensi koronari perkutaneus (PCI), pembedahan pintasan arteri koronari (CABG)
Rawatan perubatan
Aspirin, penghalang beta nitrogliserin, statin
Kekerapan110 juta (2015)
Kematian8.9 juta (2015)
sunting


Penyakit arteri koronari (CAD), juga dipanggil penyakit jantung koronari (CHD), atau penyakit jantung iskemia (IHD), ialah sejenis penyakit jantung yang melibatkan pengurangan aliran darah ke otot jantung akibat pengumpulan plak aterosklerotik dalam arteri jantung. Ia adalah penyakit kardiovaskular yang paling biasa berlaku. CAD boleh menyebabkan angina stabil, angina tidak stabil, iskemia miokardium, dan infarksi miokardium.

Simptom biasa ialah angina, iaitu sakit dada atau ketidakselesaan yang mungkin merebak ke bahu, lengan, belakang, leher, atau rahang. Sesekali mungkin terasa seperti pedih ulu hati. Dalam angina stabil, gejala berlaku dengan senaman atau tekanan emosi, berlangsung kurang daripada beberapa minit dan bertambah baik dengan rehat. Sesak nafas juga mungkin berlaku dan kadang-kadang tiada gejala hadir. Dalam banyak kes, tanda pertama adalah serangan jantung. Komplikasi lain termasuk kegagalan jantung atau degupan jantung yang tidak normal.

Faktor risiko termasuk tekanan darah tinggi, merokok, kencing manis, kurang bersenam, obesiti, kolesterol darah tinggi, diet yang tidak baik, kemurungan dan pengambilan alkohol berlebihan. Beberapa ujian mungkin membantu dalam diagnosis termasuk: elektrokardiogram, ujian tekanan jantung, angiografi tomografi komputer koronari, biomarker (troponin jantung sensitif tinggi) dan angiogram koronari, antara lain. Cara untuk mengurangkan risiko CAD termasuk makan makanan yang sihat, kerap bersenam, mengekalkan berat badan yang sihat dan tidak merokok. Ubat untuk diabetes, kolesterol tinggi atau tekanan darah tinggi kadang-kadang digunakan. Terdapat bukti terhad untuk menyaring orang yang berisiko rendah dan tidak mempunyai gejala. Rawatan melibatkan langkah yang sama seperti pencegahan. Ubat tambahan seperti antiplatelet (termasuk aspirin), penghalang beta atau nitrogliserin mungkin disyorkan. Prosedur seperti intervensi koronari perkutaneus (PCI) atau pembedahan pintasan arteri koronari (CABG) boleh digunakan dalam penyakit yang teruk. Dalam kes CAD stabil, tidak jelas sama ada PCI atau CABG selain daripada rawatan lain dapat meningkatkan jangka hayat atau mengurangkan risiko serangan jantung.

Pada 2015, CAD menjejaskan 110 juta orang dan mengakibatkan 8.9 juta kematian. Ia membentuk 15.6% daripada semua kematian, menjadikannya punca kematian paling biasa di seluruh dunia. Risiko kematian akibat CAD untuk umur tertentu menurun antara 1980 dan 2010, terutamanya di negara maju. Bilangan kes CAD untuk umur tertentu juga menurun antara 1990 dan 2010. Di Amerika Syarikat pada tahun 2010, kira-kira 20% daripada mereka yang berumur lebih daripada 65 tahun mempunyai CAD, manakala ia hadir dalam 7% daripada mereka yang berumur 45 hingga 64, dan 1.3% daripada mereka yang berumur 18 hingga 45; kadar adalah lebih tinggi dalam kalangan lelaki berbanding wanita pada umur tertentu.