Paul Pogba

Paul Labile Pogba
Pogba dalam Festival Filem Cannes 2025
Maklumat peribadi
Nama penuh Paul Labile Pogba
Tarikh lahir (1993-03-15) 15 Mac 1993
Tempat lahir Lagny-sur-Marne, Perancis
Ketinggian 1.91 m (6 ka 3 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
AS Monaco
Nombor 10
Kerjaya remaja
1999–2006 Roissy-en-Brie
2006–2007 Torcy
2007–2009 Le Havre
2009–2011 Manchester United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2012 Manchester United 3 (0)
2012–2016 Juventus 124 (28)
2016–2022 Manchester United 154 (29)
2022–2025 Juventus 8 (0)
2025– AS Monaco (—) (—)
Pasukan kebangsaan
2008–2009 Perancis B16 17 (1)
2010 Perancis B17 10 (2)
2010–2011 Perancis B18 6 (1)
2011–2012 Perancis B19 12 (4)
2012–2013 Perancis B20 9 (2)
2013–2022 Perancis 91 (11)
Pengalaman
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 19 September 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 29 Mac 2022

Paul Labile Pogba (lahir 15 Mac 1993) ialah pemain bola sepak yang bermain untuk Ligue 1, A.S. Monaco. Beliau beroperasi di terutamanya sebagai pemain tengah dan selesa dalam bermain di kedua-dua posisi dengan serangan dan pertahanan.

Lahir di Lagny-sur-Marne, Pogba menyertai pasukan remaja Ligue 2 pasukan Le Havre pada tahun 2007, sebelum perpindahan ke Manchester United dua tahun kemudian. Selepas memulakan kerjaya dengan Manchester United, penampilan yang terhad memujuknya untuk berlepas menyertai kelab Itali, Juventus secara percuma pada 2012, di mana beliau membantu kelab itu meraih empat kejuaraan Serie A berturut-turut, serta dua Coppa Italia dan dua gelaran Supercoppa Italiana. Semasa berada di Itali, Pogba terus membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain muda yang menepati janji di dunia dan menerima anugerah Golden Boy pada tahun 2013, diikuti dengan Anugerah Bravo pada tahun 2014. Pada tahun 2016, Pogba telah dinamakan sebagai Pasukan Terbaik UEFA 2015 dan 2015 FIFA FIFPro World XI selepas membantu Juventus ke pentas akhir Liga Juara-Juara 2015, yang pertama dalam tempoh dua belas tahun.

Persembahan Pogba di Juventus menyebabkan dia kembali ke Manchester United pada 2016 untuk masa itu dengan yuran perpindahan sebanyak €105 juta (£89.3 juta). Yuran itu adalah dibayar tertinggi oleh kelab Inggeris sehingga 2021. Semasa musim pertamanya kembali, beliau memenangi Piala EFL dan Liga Eropah. Pada musim 2018–19, beliau telah dinamakan dalam Pasukan Terbaik PFA.