Pasukan bola sepak kebangsaan Senegal

Senegal
GelaranLes Lions de la Teranga
(Singa Teranga)
PersatuanPersekutuan Bola Sepak Senegal
Sub-konfederasiWAFU (Afrika Barat)
KonfederasiCAF (Afrika)
Ketua jurulatihAliou Cissé
KaptenKalidou Koulibaly
Kaps terbanyakHenri Camara, Idrissa Gueye (99)
Penjaring terbanyakSadio Mané (34)
Stadium tuan rumahStadium Olimpik Diamniadio
Kod FIFASEN
Kedudukan FIFA 19 2 (3 April 2025)
Kedudukan tertinggi FIFA26 (November 2004)
Kedudukan terendah FIFA95 (Disember 1998)
Kedudukan Elo 29 1 (21 Jun 2024)
Kedudukan tertinggi Elo19 (Jun 2002)
Kedudukan terendah Elo100 (Oktober 1994)
Warna utama
Warna kedua
Antarabangsa pertama
 British Gambia 1–2 Senegal Perancis
(Gambia; 1959)
Kemenangan terbesar
 Senegal 10–1 Mauritania 
(Senegal; 9 Oktober 2010)
Kekalahan terbesar
 Guinea 5–0 Senegal 
(Guinea; 6 Mac 1966)
Piala Dunia
Kemunculan3 (Kali pertama pada 2002)
Keputusan terbaikSuku Akhir (2002)
Piala Negara-Negara Afrika
Kemunculan16 (Kali pertama pada 1965)
Keputusan terbaikJuara (2021)

Pasukan bola sepak kebangsaan Senegal, diberi jolokan Singa dari Teranga, adalah pasukan kebangsaan Senegal dan dikendalikan oleh Fédération Sénégalaise de Football. Pasukan ini membuat kemunculan pertama di Piala Dunia 2002 dan membuat kejutan menarik dengan mengalahkan juara dunia dan juara Eropah Perancis 1-0 di perlawanan pembukaan kejohanan. Senegal merupakan pasukan yang tidak pernah menghadapi kekalahan besar dengan kekalahan terbesarnya cuma 4-0 di beberapa perlawanan.

Senegal mara ke suku akhir Piala Dunia 2002, menjadi pasukan kedua dari Afrika (yang pertama Cameroon dalam 1990; selain Ghana dalam 2010). Dalam kumpulan tersebut, mereka berjaya mengejutkan Perancis, mereka seri dengan Denmark dan Uruguay, dan mengalahkan Sweden pada masa tambahan di Pusingan ke-2, sebelum kalah kepada Turki di suku akhir.

Senegal mengecewakan peminatnya pada tahun 2006 ketika mereka gagal mara ke Piala Dunia FIFA 2006. Pada Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006, Senegal menduduki tempat kedua kumpulan mereka selepas menang 3-1 kepada juara kumpulan, Togo.

Penampilan pertama Senegal dalam Piala Negara Afrika pada tahun 1965, ketika Senegal, selepas menjadi naib juara kumpulan, kalah 1-0 kepada Ivory Coast untuk mendapat tempat ke-4. Pada Piala Negara-Negara Afrika 1990, Senegal sekali lagi mendapat tempat ke-4. Senegal menjadi tuan rumah Piala Negara-Negara Afrika pada tahun 1992, di mana mereka berjaya ke suku akhir dengan menduduki tempat kedua dalam kumpulan mereka, Senegal menang 1-0 ke atas Cameroon di babak suku akhir. Pencapaian terbaik mereka dalam Piala Negara-Negara Afrika ialah pada tahun 2002, ketika mereka tewas dalam perlawanan akhir melalui sepakan penalti 0-0 setelah seri dengan Cameroon.

Senegal telah memenangi Piala Amilcar Cabral (sebuah perlawanan bola sepak serantau untuk negara-negara Afrika Barat) 8 kali, lebih dari negara lain (Naib Juara: Guinea hanya memenangi 5 kali).