Pasukan bola sepak kebangsaan Iceland

Iceland
GelaranStrákarnir okkar (Our boys)
PersatuanKnattspyrnusamband Íslands (KSÍ)
KonfederasiUEFA (Eropah)
Ketua jurulatihHeimir Hallgrímsson
Penolong jurulatihKosong
KaptenAron Gunnarsson
Kaps terbanyakRúnar Kristinsson (104)
Penjaring terbanyakEiður Guðjohnsen (26)
Stadium tuan rumahLaugardalsvöllur
Kod FIFAISL
Kedudukan FIFA 74 4 (3 April 2025)
Kedudukan tertinggi FIFA23 (Julai 2015, September–Oktober 2015)
Kedudukan terendah FIFA131 (April–Jun 2012)
Kedudukan Elo 68 13 (21 Jun 2024)
Kedudukan tertinggi Elo35 (5 September 2015)
Kedudukan terendah Elo128 (Ogos 1973)
Warna utama
Warna kedua
Antarabangsa pertama
Tidak Rasmi:
 Kepulauan Faroe 0–1 Iceland 
(Kepulauan Faroe; 29 Julai 1930)
Rasmi:
 Iceland 0–3 Denmark 
(Reykjavík, Iceland; 17 Julai 1946)
Kemenangan terbesar
Tidak Rasmi:
 Iceland 9–0 Kepulauan Faroe 
(Keflavík, Iceland; 10 Julai 1985)
Rasmi:
 Iceland 5–0 Malta 
(Reykjavík, Iceland; 27 Julai 2000)
Kekalahan terbesar
 Denmark 14–2 Iceland 
(Copenhagen, Denmark; 23 Ogos 1967)
Piala Dunia
Kemunculan1 (Kali pertama pada 2018)
Keputusan terbaikPusingan 1 (2018)
Kejohanan Bola Sepak Eropah
Kemunculan1 (Kali pertama pada 2016)
Keputusan terbaikSuku Akhir (2016)

Pasukan bola sepak kebangsaan Iceland (Iceland: Íslenska karlalandsliðið í knattspyrnu) adalah pasukan bola sepak lelaki negara Iceland dan dikawal oleh Persatuan Bola Sepak Iceland.

Walaupun dalam sejarah mereka merupakan salah satu dari pasukan kerdil Eropah, Iceland telah menikmati lebih banyak kejayaan sejak akhir abad ke-20. Dalam kelayakan untuk Piala Dunia FIFA 2014, Iceland sampai ke play-off sebelum tewas kepada Croatia. Iceland mencapai kejohanan utama yang pertama, UEFA Euro 2016, selepas kempen kelayakan termasuk menang tempat sendiri dan tempat lawan ke atas Belanda.

Dalam perlawanan persahabatan menentang Estonia pada 24 April 1996 di Tallinn, Eidur Gudjohnsen yang dimasukkan sebagai pemain gantian telah menggantikan bapanya Arnor. Ini menandakan kali pertama seorang bapa dan anak bermain dalam perlawanan antarabangsa yang sama.