Nerva

Nerva
Maharaja Rom ke-12
Patung kepala Nerva, di Palazzo Massimo alle Terme (Muzium Nasional), Roma
Pemerintahan18 September 96 – 25 Januari 98
Didahului olehDomitianus
Diikuti olehTraianus
Keputeraan8 November 30
Narni, Italia
Kemangkatan27 Januari 98
Gardens of Sallust, Roma
PemakamanMausoleum Augustus, Roma
AnakandaTraianus (anak angkat)
Nama penuh
Marcus Cocceius Nerva
(sebelum menjadi Kaisar);
Marcus Cocceius Nerva Caesar Augustus (sebagai Kaisar)
WangsaNerva-Antoninus
AyahandaMarcus Cocceius Nerva
BondaSergia Plautilla

Nerva (8 November 30 - 27 Januari 98) adalah Maharaja Empayar Rom dari 96 hingga 98. Baginda naik takhta pada usia hampir 66 tahun setelah mberkhidmat imperial di bawah Nero dan para penguasa dinasti Flavia. Di bawah Nero, beliau adalah ahli rombongan imperialis dan memainkan peranan penting dalam mendedahkan konspirasi Pisonianus 65. Kemudian, sebagai orang yang setia kepada orang Flavia, beliau berjawatan konsulat pada tahun 71 dan 90 semasa pemerintahan Vespasianus dan Domitianus.