Muhammadu Buhari

Muhammadu Buhari
محمد بخاري
Potret rasmi, 2015
Presiden Nigeria ke-15
Dalam jawatan
29 Mei 2015 – 29 Mei 2023
Naib PresidenYemi Osinbajo
Didahului olehGoodluck Jonathan
Digantikan olehBola Tinubu
Ketua Negara Nigeria ke-7
Dalam jawatan
31 Disember 1983 – 27 Ogos 1985
Didahului olehShehu Shagari
Digantikan olehIbrahim Babangida
Gabenor Negeri Timur-Laut
Dalam jawatan
Ogos 1975 – Mac 1976
Didahului olehMusa Usman
Maklumat peribadi
Lahir (1942-12-17) 17 Disember 1942
Daura, Nigeria British
KewarganegaraanNigeria
Parti politikAll Progressives Congress
Pasangan
  • Safinatu Yusuf (1971–1988)
  • Aisha Halilu (1989–kini)
Anak
10
  • Zulaihat
  • Fatima
  • Musa
  • Hadiza
  • Safinatu
  • Aisha
  • Halima
  • Yusuf
  • Zarah
  • Amina
Tempat belajar
  • Akademi Pertahanan Nigeria
  • Sekolah Kadet Pegawai Mons
  • Kolej Perang Tentera Amerika Syarikat
Laman webthisisbuhari.com
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Nigeria
Cabang/khidmatTentera Darat Nigeria
Tahun khidmat1961–1985
PangkatMejar Jeneral

Muhammadu Buhari (lahir 17 Disember 1942 - meninggal dunia pada 13 Julai 2025 di London) merupakan ahli politik Nigeria yang berkhidmat sebagai Presiden Nigeria ke-15 dari 2015 hingga 2023 dan Mejar Jeneral ke-7 bersara dalam Tentera Darat Nigeria yang pernah menjadi Ketua Negara Nigeria dari 31 Disember 1983 hingga 27 Ogos 1985 setelah melakukan rampasan kuasa ketenteraan. Pemerintahan tentera Buhari digelar sebagai Buharisme.

Beliau bertanding untuk jawatan Presiden pada tahun 2003, 2007 dan 2011 tetapi gagal. Pada Disember 2014, beliau terpilih sebagai calon presiden All Progressives Congress untuk pilihan raya Mac 2015. Buhari memenangi pilihan raya 2015 dengan mengalahkan penyandang jawatan Presiden iaitu Goodluck Jonathan. Beliau dilantik lanjut sebagai presiden setelah memenangi pilihan raya presiden Nigeria sekali lagi pada Februari tahun 2019 mengalahkan Atiku Abubakar sebanyak lebih 3 juta undian.