Muhammad Yunus

Muhammad Yunus
মুহাম্মদ ইউনূস
Yunus di acara Universiti Salford (Mei 2013)
Perdana Menteri Bangladesh
Pemangku
Menyandang jawatan
8 Ogos 2024
PresidenMohammed Shahabuddin
Didahului olehSheikh Hasina (sebagai Perdana Menteri Bangladesh)
Maklumat peribadi
Lahir (1940-06-28) 28 Jun 1940
Hathazari, Benggala, British India
KewarganegaraanBangladesh
PasanganVera Forostenko (k. 1970; c. 1979)
Afrozi Yunus (k. 1983)
AnakMonica Yunus
Deena Afroz Yunus
Tempat belajar
  • Universiti Dhaka (BA, MA)
  • Universiti Vanderbilt (PhD)
Anugerah awam
  • Anugerah Ramon Magsaysay (1984)
  • Independence Day Award (1987) 
  • Anugerah Aga Khan bagi Seni Bina (1989)
  • Anugerah Makanan Dunia (1994)
  • Anugerah Keamanan Pfeffer (1994)
  • Anugerah Keamanan Gandhi (2000)
  • Anugerah Alam Sekitar Volvo (2003)
  • Hadiah Nobel bagi Keamanan (2006)
  • Pingat Kebebasan Presiden (2009)
  • Pingat Emas Kongres (2010)
Tandatangan
Laman webmuhammadyunus.org
Muhammad Yunus
Latar belakang akademik
Sekolah tradisi
  • Mikrokredit
  • Perusahaan sosial
Karya akademik
DisiplinEkonomi
Institusi
  • Sekolah Tinggi Kerajaan Chittagong
  • Sekolah Berkolej Chattogram
  • Kolej Chittagong
  • Universiti Dhaka
  • Universiti Negeri Tennessee Tengah
  • Universiti Kaledonia Glasgow
Karya terkenal


Muhammad Yunus (Benggali: মুহাম্মদ ইউনূস, lahir 28 Jun 1940; umur 85 tahun) ialah seorang usahawan, pegawai bank, ahli ekonomi dan pemimpin masyarakat Bangladesh. Beliau dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada 2006 di atas pengasasan Bank Grameen dan mempelopori konsep mikrokredit dan mikrokewangan. Beliau menerima beberapa lagi penghargaan negara dan antarabangsa. Beliau menerima Biasiswa Fulbright daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), kemudian menerima Pingat Kebebasan Presiden AS pada 2009, dan Pingat Emas Kongres A.S. pada 2010. Pada 2020, beliau juga menerima penghargaan daripada daripada Pembiayaan Negara untuk Demokrasi (NED).

Pada 2012, beliau menjadi Canselor Universiti Kaledonia Glasgow di Scotland. Beliau menjawat sehingga 2018. Sebelum itu, beliau merupakan profesor ekonomi di Universiti Chittagong di Bangladesh. Beliau menerbitkan beberapa buah buku berkaitan kerja-kerja kewangannya. Beliau ialah anggota lembaga pengasas Grameen America dan Yayasan Grameen, yang menyokong mikrokredit.

Muhammad Yunus juga berkhidmat di lembaga pengarah Yayasan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebuah badan kebajikan awam untuk menyokong perjuangan PBB, dari 1998 hingga 2021.

Pada 2024, selepas peletakan jawatan Sheikh Hasina, beliau dinamakan untuk dilantik sebagai ketua Kerajaan Peralihan Bangladesh.