Matahari terbit
Matahari terbit, matahari naik, atau syuruk (serapan Arab: شُرُوق, rumi: syurūq terbitan kata kerja شَرَقَ syaraqa "terbit") ialah apabila pinggir bahagian atas matahari muncul di atas ufuk pada waktu pagi. Istilah ini juga boleh merujuk kepada keseluruhan proses Matahari melintasi kaki langit dan kesan atmosfera yang mengiringinya.