Mars Pathfinder
Pathfinder dan Sojourner di JPL pada Oktober 1996 | |
| Pengendali | NASA - JPL |
|---|---|
| Jenis misi | Pendarat, perayau |
| Tarikh Masuk Orbit | Mendarat 4 Julai 1997 UT 16:57 |
| Tarikh Berlepas | 4 Disember 1996 pada 06:58:07 UTC dari ESMC / kompleks pelancaran 17B |
| Kenderaan Pelancar | Delta 7925 (#D240) |
| Tempoh misi | pendarat: 30 sol, 31 hari (misi utama) 83 sol, 85 hari (sebenar) perayau: 7 sol, 7 hari (misi utama), |
| ID COSPAR | 1996-068A |
| Jisim | 264 kg (pendarat), 10.5 kg (perayau) |
| Kuasa | 35 W (pendarat) 13 W (perayau) |
| Pendaratan Marikh | |
| Tarikh | 4 Julai 1997, 16:56:55 UTC SCET MSD 43905 04:41 AMT |
| Koordinat | Ares Vallis, 19°7′48″N 33°13′12″W / 19.13000°N 33.22000°W (19.13°, −33.22°) |
Mars Pathfinder (MESUR Pathfinder), kemudian dinamakan kembali sebagai Carl Sagan Memorial Station, dilancarkan pada 4 Disember 1996 oleh NASA di atas roket Delta II hanya sebulan selepas Mars Global Surveyor dilancarkan. Semasa perjalanannya, pesawat angkasa lepas ini terpaksa melaksanakan empat pelarasan pada 10 Januari, 3 Februari, 6 Mei dan 25 Jun. Selepas perjalanan 7 bulan, ia telah mendarat di Ares Vallis, di dalam kawasan dinamakan Chryse Planitia di planet Marikh, di Oxia Palus quadrangle, pada 4 Julai 1997. Sebaik sahaja pendarat dibuka, ia mendedahkan perayau dipanggil Sojourner yang seterusnya melaksanakan banyak uji kaji di permukaan planet Marikh.