Marmaray

Marmaray
Marmaray, terowong tiub tenggelam paling dalam di dunia di 60.46 meter (198.4 ka)
Maklumat gambaran
LokasiBosporus
Koordinat41°01′09″N 28°59′48″E / 41.01917°N 28.99667°E / 41.01917; 28.99667
StatusAktif
MulaFatih, Istanbul, Turki
AkhirÜsküdar, Istanbul, Turki
Bil. stesen41V
Maklumat operasi
Kerja bermula9 Mei 2004
Dibuka29 Oktober 2013
Maklumat teknikal
Panjang13.6 km (8.5 bt)
Panjang talian76.3 km (47.4 bt)
Bil. landasan2 terowong landasan tunggal, 3 landasan pada permukaan dengan gelung memotong tambahan
Tolok landasan1,435 mm (4 ka 8.5 in) Tolok piawai
Dielektrikkan25 kV, 50 Hz AC Talian atas
Kelajuan operasi45 km/j (28 mph)
Gred18 ‰

sunting

Marmaray merupakan suatu projek pengangkutan kereta api di bandar raya Istanbul, Turki. Ia terdiri daripada sebuah terowong kereta api bawah laut di Selat Bosporus dan pemodenan landasan kereta api pinggir bandar yang sedia ada di sepanjang Laut Marmara dari Halkalı di sebelah Eropah ke Gebze di sebelah Asia. Pembinaannya dimulakan pada tahun 2004 dengan sasaran awal bagi tarikh pembukaannya ialah pada April 2009. Selepas beberapa kelewatan yang disebabkan oleh penemuan sejarah, fasa pertama projek itu dibuka pada 29 Oktober 2013 sempena ulang tahun ke-90 penubuhan Republik Turki.

Nama Marmaray berasal daripada gabungan antara nama Laut Marmara dengan ray, perkataan bahasa Turki untuk kereta api.