Malaran tak geser sisian lelangit

Nombor AFA157
Pengekodan
X-SAMPAL
Imej
Sampel audio
sumber · bantuan

Malaran tak geser sisian lelangit ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʎ (huruf y kecil yang dipusingkan 180 darjah) dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan L dalam X-SAMPA.

Bunyi ini pernah wujud dalam bahasa Austronesia Purba, tetapi berubah dalam Bahasa Melayu-Polinesia Purba kepada /n/, /ɲ/ atau /l/ (menurut Robert Blust dan John Wollf):

BAP BMPP BM
*NiSawa *nihawa ڽاواnyawa
*aNak *anak انقanak

Fonem ini masih terpelihara dalam bahasa-bahasa serumpun Taiwan seperti bahasa Amis dan bahasa Paiwan.