Majlis Daerah Bandar Baharu

Majlis Daerah Bandar Baharu merupakan sebuah Pihak Berkuasa tempatan (PBT) terletak di Serdang, Kedah

Majlis Daerah Bandar Baharu
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Sejarah
Diasaskan1 Mac 1979
Kepimpinan
Yang Dipertua
Tuan Mohd Noor bin Ismail (sejak Oktober 2023)
Setiausaha
Mohamad Izwan bin Dato’ Paduka Haji Mohd Oma
Struktur
Ahli18 orang ahli majlis
Tempat persidangan
Majlis Daerah Bandar Baharu 09800 Serdang
Laman sesawang
https://pbt.kedah.gov.my/index.php/majlis-daerah-bandar-baharu/
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting

diberi kuasa di bawah Kuasa Undang-Undang Kerajaan Tempatan Akta 124 (Peruntukan Sementara) bagi kawasan pentadbirannya. Majlis Daerah Bandar Baharu meliputi keseluruhan kawasan Daerah Bandar Baharu. Ia merangkumi kawasan seluas 269.3 kilometer persegi dan terdiri daripada tujuh mukim iaitu Serdang, Kuala Selama, Sungai Batu, Bagan Samak, Permatang Pasir, Sungai Kecil Ilir dan Relau.

Taraf sebagai Lembaga Bandaran Bandar Baharu taraf Majlis Daerah Bandar Baharu terletak di bahagian selatan Negeri Kedah Darul Aman, bersempadan dengan Daerah Kulim disebelah Utara, Pulau Pinang di sebelah Barat dan Perak disebelah Selatan.

Di kawasan Majlis Daerah Bandar Baharu, sebanyak sembilan penempatan dikenal pasti iaitu Serdang, Bandar Baharu, Kuala Selama, Lubuk Buntar, Bagan Samak, Sungai Kechil Ilir, Relau, Air Putih dan Permatang Kerat Telunjuk sebagai kawasan yang akan membangun dengan lebih pesat berbanding kawasan lain. Kesemua kawasan ini berkeluasan 2,518.1 hektar.

Seluas 300.0 hektar (11.9%) daripada kawasan penempatan tersebut merupakan kawasan operasi semasa Majlis Daerah Bandar Baharu diwartakan pada 1 Mac 1979 mengikut peruntukan Akta 171.