MPEG-1

Moving Picture Experts Group Phase 1 (MPEG-1)
Sambungan fail:.mpg, .mpeg, .mp1, .mp2, .mp3, .m1v, .m1a, .m2a, .mpa, .mpv
Jenis media Internet:audio/mpeg, video/mpeg
Dibangunkan oleh:ISO, IEC
Jenis format:audio, video, pengandung
Diperluas daripada:JPEG, H.261
Diperluas kepada:MPEG-2
Piawai:ISO/IEC-11172

MPEG-1 ialah satu piawaian awal untuk pemampatan video dan audio yang "kehilangan" (iaitu, beberapa data tersingkir untuk mengurangkan saiz fail). MPEG-1 direka untuk memampatkan video digital mentah bermutu VHS dan audio CD ke 1.5 Mbit/s (nisbah mampatan masing-masing 26:1 dan 6:1) tanpa kehilangan mutu yang ketara, maka membolehkan teknologi VCD, TV kabel/satelit digital dan penyiaran audio digital (DAB).

Kini, MPEG-1 menjadi format audio/video data kehilangan yang paling laris keserasiannya di dunia, dan digunakan dalam sebilanngan besar produk dan teknologi. Bahagian piawaian MPEG-1 yang paling terkenal mungkin sekali merupakan format audio MP3 yang diperkenalkannya.

Sungguhpun lama usianya, MPEG-1 tidak semestinya lapuk atau jauh lebih rendah berbanding teknologi terkini. Menurut Leonardo Chiariglione (pengasas bersama MPEG): "Sangkaan bahawa teknologi pemampatan sentiasa meningkat adalah dongeng."

Piawaian MPEG-1 diterbit sebagai ISO/IEC-11172.