Perbadanan Penyiaran Munhwa
| Jenis/bentuk sah | Swasta |
|---|---|
| Industri | Televisyen terestrial |
| Genre | Penyiaran, kebudayaan |
| Ditubuhkan | 21 Februari 1961 |
| Pengasas | Kim Ji-tae |
| Dibubarkan | Penyiaran Komersil Seoul (1961) Penyiaran Korea (1961) Penyiaran Munhwa Korea (1961-1974) |
| Nasib | KRX: 052220 |
| Ibu pejabat | 267, Sangam-dong, Distrik Mapo, Seoul, South Korea, Seoul, Korea Selatan |
| Tokoh penting | Ahn Hyung-joon (CEO dan Presiden) |
| Keluaran | Pernyiaran radio dan televisyen |
| Hasil | ▲ 742.93 bilion won (2010) |
| Pendapatan kendalian | 97.54323 billion won (2010) |
| Jumlah aset | 1,538,440,304,963 won (2010) |
| Pemilik | Yayasan Penyiaran Kebudayaan (70%) Yayasan Biasiswa Jung-su (30%) |
| Bilangan kakitangan | 1,593 (HQ) 705 (subsidiari) |
| Anak syarikat | Akademi MBC MBCC&i Pusat Kesenian MBC MBC Dramanet MBC Plus MBC Game imbc MBC Playweb |
| Tapak web | www |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Nama Korea | |
| Hangul | 문화방송주식회사 |
|---|---|
| Hanja | |
| Perumian Semakan | Munhwa Bangsong Jushikhoesa |
| McCune–Reischauer | Munhwa Pangsong Chushikhoesa |
Perbadanan Penyiaran Munhwa (Korea: 문화방송주식회사, Munhwa Bangsong Jushikhoesa) atau juga dikenali sebagai MBC merupakan salah satu rangkaian radio dan televisyen yang terbesar dan ia adalah yang tertua dalam rangkaian penyiaran komersil di Korea Selatan. Perkataan Munhwa adalah perkataan Korea bagi "budaya". Rangkaian televisyen MBC dipancarkan melalui saluran 11 untuk analog dan digital manakala saluran 66 untuk kabel. Perbadanan ini diuruskan oleh Yayasan Penyiaran Kebudayaan yang memiliki 70% pegangan dalam syarikat manakala selebihnya oleh Yayasan Biasiswa Jung-su iaitu sebanyak 30%. MBC tidak menerima subsidi kerajaan, di mana ia mendapatkan hampir keseluruhan pendapatannya melalui pengiklanan secara komersil. Perbadanan ini juga mempunyai 19 stesen serantau dan 10 buah anak syarikat. Sehingga tahun 2011, MBC mempunyai lebih daripada 4,000 pekerja. Ia telah menyediakan perkhidmatan televisyen terestrial digital dalam format ATSC sejak tahun 2001 dan perkhidmatan T-DMB (Penyiaran Multimedia Digital) sejak tahun 2005.