London Raya
Templat:Other uses2 Templat:Infobox England region London Raya (bahasa Inggeris: Greater London) merupakan sebuah bahagian pentadbiran peringkat tertinggi di England yang meliputi London. Ia diwujudkan pada tahun 1965 dan merangkumi Bandaraya London serta 32 daerah perbandaran di London. Kawasan ini meliputi kawasan seluas 1,572 km2 (607 bt2) dan jumlah penduduknya pada tahun 2009 dianggarkan seramai 7,753,600 orang. Istilah Greater London sudah digunakan sebelum tahun 1965 untuk memaksudkan kawasan yang tidak tentu takrifnya, iaitu lebih besar daripada Wilayah London dan selalunya serupa dengan Daerah Polis Metropolitan.
Selain fungsi-fungsi pentadbiran dan statistiknya, London Raya (tidak termasuk Bandaraya London) merupakan salah satu daripada of the 48 wilayah istiadat England, dan berada di bawah naungan Keleftenanan London Raya.