Lisozim
| Lisozim | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kristal lisozim terwarna biru oleh pewarna Izit | |||||||||
| Pengenal pasti | |||||||||
| Nombor EC | 3.2.1.17 | ||||||||
| Nombor CAS | 9001-63-2 | ||||||||
| Pangkalan data | |||||||||
| IntEnz | Lihat IntEnz | ||||||||
| BRENDA | Entri BRENDA | ||||||||
| ExPASy | Lihat NiceZyme | ||||||||
| KEGG | Entri KEGG | ||||||||
| MetaCyc | Laluan metabolik | ||||||||
| PRIAM | Profil | ||||||||
| Struktur PDB | RCSB PDB PDBj PDBe PDBsum | ||||||||
| Ontologi gen | AmiGO / EGO | ||||||||
| |||||||||
Lisozim, juga dikenali sebagai muramidase atau N-asetilmuramida glikanhidrolase, ialah hidrolase glikosida. Ia adalah enzim-enzim (EC 3.2.1.17) yang merosakkan dinding sel bakteria dengan memangkin hidrolisis rangkaian beta-1,4 antara bebaki asid N-asetilmuramik dan N-asetil-D-glukosamina di dalam peptidoglikan, serta di antara bebaki N-asetil-D-glukosamina dalam chitodekstrin. Lisozim terdapat banyak dalam beberapa jenis rembesan seperti air mata, air liur, susu ibu dan mukus. Ia juga terdapat dalam granul-granul sitoplasma makrofaj dan neutrofil polimorfonuklear. Banyak lisozim boleh didapati dalam putih telur. Lisozim jenis C mempunyai rentetan dan struktur yang seakan-akan dengan alfa-laktalbumin, maka kedua-duanya dikelaskan di bawah keluarga yang sama. Di dalam tubuh manusia, enzim lisozim dikodkan oleh gen LYZ.