Letupan Kambria

Letupan Kambria, Ledakan Kambria atau percambahan Kambria adalah suatu peristiwa yang berlaku kira-kira 541 juta tahun dahulu semasa tempoh Kambria, apabila kebanyakan filum binatang utama muncul dalam rekod fosil. Hal ini mengakibatkan perbezaan pada kebanyakan filum metazoa moden. Peristiwa itu disertai dengan kepelbagaian utama organisma yang lain.

Sebelum letupan Kambria, kebanyakan organisma adalah ringkas, terdiri daripada sel-sel individu yang sesekali diatur kepada koloni. Lebih dari 70 higga 80 juta tahun dahulu, kadar kepelbagaian dipercepat dan pelbagai hidupan mula kelihatan serupa seperti yang ada pada hari ini. Hampir kesemua filum binatang yang sekarang muncul pada tempoh ini.