Lautaro Martínez

Lautaro Martínez
Maklumat peribadi
Nama penuh Lautaro Javier Martínez
Tarikh lahir (1997-08-22) 22 Ogos 1997
Tempat lahir Bahía Blanca, Argentina
Ketinggian 1.74 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Inter Milan
Nombor 10
Kerjaya remaja
2013–2014 Liniers
2014–2015 Racing Club
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2018 Racing Club 48 (22)
2018– Inter Milan 28 (7)
Pasukan kebangsaan
2016–2017 Argentina B20 11 (7)
2018– Argentina 11 (6)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:15, 26 Mei 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 2 Julai 2019

Lautaro Javier Martínez (Sebutan Sepanyol: [lau̯ˈtaɾo maɾˈtines]; lahir 22 Ogos 1997) merupakan seorang pemain bola sepak Argentina yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Serie A, Inter Milan dan pasukan kebangsaan Argentina.

Beliau memulakan kariernya di Argentina bersama dengan Racing Club. Setelah empat musim di kelab itu, beliau secara keseluruhannya telah menjaringkan 27 gol di dalam 60 perlawanan sebelum melakukan perpindahan ke Inter pada tahun 2018.

Martínez mewakili pasukan remaja Argentina dan telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Amerika Selatan B-20 2017 dan Piala Dunia B-20 2017. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior Argentina pada tahun 2018 dan telah mewakili negara itu ke kejohanan Copa América 2019.