Laluan MRT Timur Laut
|
Laluan MRT Timur Laut لالوان تيمور لاءوت | |||
|---|---|---|---|
Laluan Timur Laut yang ditandakan dengan warna ungu pada peta. | |||
| Umum | |||
| Nama lain | 东北地铁线 வடக்கு கிழக்கு எம்ஆர்டி வழி | ||
| Nama asal | North East Line | ||
| Jenis | Transit aliran deras | ||
| Sistem | Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura) | ||
| Status | Beroperasi Dalam pembinaan (Punggol Coast) | ||
| Terminal | HarbourFront Punggol (hingga 2023) Punggol Coast (2023) | ||
| Stesen | 16 (tidak termasuk stesen peruntukan NE2) 1 (Dalam pembinaan) | ||
| Perkhidmatan | 1 | ||
| Penumpang harian | 601,000 (2019) | ||
| Operasi | |||
| Dirancang dibuka | 2023 (Punggol Coast) | ||
| Dibuka | 20 Jun 2003 15 Januari 2006 (Buangkok) 20 Jun 2011 (Woodleigh) | ||
| Pemilik | Penguasa Pengangkutan Darat | ||
| Pengendali | SBS Transit (ComfortDelGro Corporation) | ||
| Ciri | Bawah tanah | ||
| Depot | Sengkang | ||
| Stok kereta api | C751A C751C C851E (Masa depan) | ||
| Teknikal | |||
| Panjang aliran | 19.2 km (11.9 bt) (Beroperasi) 1.6 km (0.99 bt) (Dalam pembinaan) | ||
| Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai | ||
| Pengelektrikan | 1500V DC Talian katenari | ||
| Kelajuan operasi | had laju 90 km/j (56 mph) | ||
| |||
Laluan Timur Laut atau Laluan Utara Timur (NEL) ialah laluan kereta api ketiga dalam Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) Singapura. Laluan ini merupakan laluan alihan laju bermuatan berat pertama di dunia yang menggunakan kereta api tanpa pemandu dan automatik sepenuhnya yang menggunakan teknologi roda keluli konvensional (berbanding tayar getah, teknologi bermuatan sederhana yang dijumpai dalam sistem seperti VAL). NEL kini mempunyai kepanjangan 20 kilometer (12 bt) dengan 16 buah stesen dari HarbourFront ke Punggol dan keseluruhan perjalanan mengambil masa kira-kira 33 minit.
Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan Downtown ditunjukkan dengan warna ungu ( ) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta kod "NE". Laluan NEL juga ialah laluan pertama yang menampilkan Seni dalam Transit di kesemua stesennya dan liputan Wireless@SG turut boleh didapati di stesen–stesen.