Bandaraya Sukan Kuala Lumpur

Bandaraya Sukan Kuala Lumpur yang indah dan mengkagumkan dibina khusus sebagai pentas utama untuk Sukan Komanwel 1998 . Komplek sukan ini menjadi nadi utama bagi hasrat kesukanan Malaysia pada kurun ke-21. Projek berprestij ini setanding dengan KLIA dan KLCC.

Bandaraya Sukan ini boleh menganjurkan aktiviti sukan yang pelbagai jenis dan juga acara utama yang berorientasikan perniagaan dan hiburan.

Kawasan utama Bandaraya Sukan terdiri dari lima bangunan sukan asas. Ini termasuk Stadium Nasional yang mempunyai 85,000 tempat duduk. Pusat Akuatik Nasional, Stadium Putra, Pusat Skuasy Nasional dan Stadium Hoki Nasional. Setiap bangunan telah direkabentuk dan dibina mengikut taraf yang diperakui bertaraf antarabangsa.

Keseluruhan Bandaraya Sukan Kuala Lumpur dilengkapi :

  1. Stadium Nasional
  2. Stadium Hoki Nasional
  3. Pusat Skuasy Nasional
  4. Stadium Putra kini dikenali sebagai Axiata Arena
  5. Pusat Akuatik Nasional
  6. Bukit Komanwel
  7. Stesen LRT Sri Petaling
  8. Stesen LRT Bukit Jalil
  9. Laluan Masuk Orang Kenamaan