Kim Kardashian

Kim Kardashian
Kelahiran
Kimberly Noel Kardashian

(1980-10-21) 21 Oktober 1980
Pekerjaan
  • Personaliti TV
  • sosialit
  • pelakon
  • ahli perniagaan
  • model
Tahun aktif2007–kini
TelevisyenKeeping Up with the Kardashians
Pasangan
  • Damon Thomas (k. 2000; c. 2004)
  • Kris Humphries (k. 2011; c. 2013)
  • Kanye West (k. 2014; c. 2022)
Anak-anak4
Ibu bapa
  • Robert Kardashian (bapa)
  • Kris Jenner (ibu)
Saudara

Kimberly Noel Kardashian West [kar-dae-syi-ĕn] (lahir 21 Oktober 1980) ialah seorang personaliti TV, pelakon dan model dari Amerika Syarikat. Kardashian mula meraih perhatian media sebagai rakan dan penggaya Paris Hilton, tetapi menerima perhatian meluas selepas pita seks 2003 beliau bersama bekas teman lelakinya Ray J bocor pada 2007. Kemudian pada tahun itu, beliau dan keluarganya muncul dalam rancangan realiti E! Keeping Up with the Kardashians. Kejayaan membawa kepada penerbitan turunannya termasuk Kourtney and Kim Take New York dan Kourtney and Khloé Take Miami. Kehidupan peribadi Kardashian menjadi subjek perhatian media .