Kejuruteraan kewangan

Kejuruteraan kewangan ialah bidang pelbagai disiplin yang melibatkan teori kewangan, kaedah kejuruteraan, dan peralatan matematik dan praktik pengaturcaraan. Kejuruteraan kewangan telah didefinisikan sebagai aplikasi dari kaedah teknikal, terutama dari matematik kewangan dan kewangan pengkomputan dalam mempraktikkan kewangan. Meskipun dinamakan "kejuruteraan", tetapi kejuruteraan kewangan tidak digabungkan dalam bidang sains kejuruteraan pada umumnya. Accreditation Board for Engineering and Technology ABET tidak memberikan akreditasi untuk kejuruteraan kewangan, melainkan oleh International Association of Financial Engineers.