Kereta api bukit

Kereta api bukit, juga dipanggil kereta api funikular atau kereta api cerun merupakan sejenis kereta kabel di mana kabel dipasang pada sepasang kenderaan yang menyerupai kereta api pada landasan dan seterusnya kenderaan tersebut digerakkan menaiki dan menuruni cerun curam; pergerakan naik turun bukit bagi setiap kereta api saling mengimbang antara satu sama lain.