Kecubung

Kecubung

Pengelasan saintifik


Pokok Kecubung ialah sejenis pokok renek herba semusim dalam famili Solanaceae yang berasal dari China. Nama sainsnya Datura Metel (Linn).

Tinggi Pokok Kecubung selalunya kurang daripada 2 meter. Batangnya keras berkayu dan cabangnya membentuk rumpun. Bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza. Warnanya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih; ada juga yang berwarna kuning dan oren. Buahnya pula berwarna coklat dan mempunyai duri-duri halus di luarnya. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.

Kini Pokok Kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik. Jenis yang biasa dijumpai ialah:

  • Pokok Kecubung
  • Pokok Kecubung Kecil
  • Pokok Kecubung Putih (Datura stramonium).