Kapal pengangkut pesawat Kelas Gerald R. Ford

Kapal pengangkut pesawat kelas-Gerald R. Ford
Gerald R. Ford pada bulan April 2017
Ringkasan kelas
Nama: Kapal pengangkut pesawat kelas-Gerald R. Ford
Pembina: Newport News Shipbuilding
Pengguna:  Tentera Laut Amerika Syarikat
Didahului oleh: kelas Nimitz
Kos:
  • Program cost: AS$37.30 bilion (FY2018)
  • Unit cost: AS$12.998 bilion (FY2018)
Dalam perkhidmatan: 2017–kini
Dibina: 2
Ordered: 2
Ringkasan kelas
Dirancang: 10
Disiapkan: 1
Aktif: 1
Ciri-ciri umum
Jenis: Kapal pengangkut pesawat
Sesaran: Kira-kira 100,000 long ton (110,000 short ton; 100,000 tonne) (muatan penuh)
Panjang: 1,106 ka (337 m)
Lunas:
  • 256 ka (78 m) (dek penerbangan)
  • 134 ka (41 m) (garis air)
Tinggi: 250 kaki (76 m)
Draft: 39 ka (12 m)
Dek: 25
Installed power: 2 x reaktor nuklear A1B
Jana kuasa: 4 x aci
Halaju: Lebih daripada 30 knot (56 km/j; 35 mph)
Jarak: Tiada had
Ketahanan: 50-tahun jangka hayat
Anak kapal:
  • 508 pegawai
  • 3,789 lain-lain pangkat
Krew: Sekitar 2,600 orang.
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 75+
Kemudahan penerbangan: 1,092 ka × 256 ka (333 m × 78 m) flight deck

Kapal pengangkut pesawat Kelas Gerald R. Ford (atau Kelas Ford) adalah sebuah kapal pengangkut pesawat super generasi terbaru milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Sebelum dikenali sebagai Kelas Ford (CVN-78), kapal pengangkut pesawat terbaru ini dikenali dengan nama program kapal pengangkut pesawat CVNX (di mana "X" bermaksud "sedang dibangunkan") dan kemudiannya dikenali sebagai program kapal pengangkut pesawat CVN-21. (Nombor "21" di sini bukan bermakna nombor badan kapal; adalah menjadi kebiasaan dalam rancangan "masa depan" dalam Angkatan Tentera A.S, sebagai kiasan ke abad ke-21, bagi membezakannya dengan kelengkapan di abad ke-20.

Kapal pertama dari angkatan kapal CVN-21 akan dinamakan USS Gerald R. Ford (CVN-78). Kapal CVN-21 menggunakan reka bentuk badan yang sama seperti kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz.