Kampung baru Cina
- Rencana ini mengenai penempatan yang dibuat pada zaman darurat. Klik di sini untuk Kampung baru (laman nyahkekaburan).
Kampung baru (Bahasa Cina: 新村; Bahasa Inggeris: Chinese New Villages) ialah penempatan yang dicipta pada era pemerintahan British bermula tahun 1950. Kampung baru merupakan sebahagian daripada Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney bagi menghalang gerakan Min Yuen daripada penyokongnya dalam kalangan rakyat awam semasa Darurat Tanah Melayu.