Juche

Juche ([ju.cé], Korea: 주체; Sebutan bahasa Korea: [tɕutɕʰe]) ialah ideologi rasmi Korea Utara yang digambarkan pemerintah negara tersebut sebagai "sumbangan" Kim Il-sung "yang asal, cemerlang dan baharu terhadap pemikiran negara dan antrabangsa". Pemikiran ini mengandaikan "manusia sebagai tuan nasibnya sendiri", yakni masyarakat Korea Utara dipertanggungjawabkan bertindak "mengepalai revolusi dan pembinaan" lalu sifat berdikari dan kekuatan itu dapatlah sebuah negara mencapai sosialisme yang sebenar.

Ideologi ini dibangunkan sebagai suatu cabang Marxisme–Leninisme sehingga ia lebih bersifat "keKoreaan" dengan tersendirinya sambil memberi penekanan buta kepada aspek-aspek individu, negara bangsa dan kedaulatan. Fahaman ini dijadikan suatu pokok kepada penerapan dasar-dasar yang diamalkan sejak tahun 1950an.

Amalan ideologi ini telah dikritik oleh banyak cendekiawan dan pemerhati sebagai suatu cara rejim Korea Utara untuk mengekalkan pemerintahan kuku besinya serta membenarkan dasar pemencilan dan penindasan yang berat terhadap rakyatnya. Ia juga digambarkan sebagai asas kepada kultus individu keluarga Kim yang dianggap sebagai penyelamat "bangsa Korea".