José Rizal

José Rizal
Kelahiran
José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda

19 Jun 1861
Calamba, Laguna, Filipina Sepanyol
Meninggal dunia30 Disember 1896(1896-12-30) (umur 35)
Bagumbayan, Manila, Filipina Sepanyol
Sebab kematianPelaksanaan hukuman mati oleh pasukan penembak
MonumenTaman Luneta, Manila,
Calamba, Laguna,
Daet, Camarines Norte,
Carson, California
Nama lainPepe, Jose (gelaran)
Pusat pendidikanAteneo Municipal de Manila, Universiti Santo Tomas, Universidad Central de Madrid
OrganisasiLa Solidaridad, La Liga Filipina
PasanganJosephine Bracken (1896)
Ibu bapaFrancisco Mercado Rizal (ayah)
Teodora Alonso Realonda (ibu)
Tandatangan

José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda (Sebutan Sepanyol: [xoˈse riˈsal]; 19 Jun 1861] – 30 Disember 1896) ialah wira kebangsaan Filipina. Beliau ialah seorang yang berbakat. Selain daripada menjadi seorang doktor, beliau juga merupakan ahli seni pahat, penyair, penulis drama dan pengarang novel. Beliau boleh bertutur dalam bermacam-macam bahasa seperti bahasa Tagalog, Melayu, Cina, Arab, Ibrani, Inggeris, Jepun, Sepanyol, Itali, Portugis, Latin, Perancis, Yunani, Rusia, Sanskrit dan dialek-dialek Filipina yang lain.

José sangat disanjung seperti seorang "putera agung" atas perjuangannya meneguhkan jatidiri bangsa Filipina meskipun tercengkam dalam tangan penjajah Sepanyol; sahabat penanya Ferdinand Blumentritt memuji tinggi beliau "saperti sabutir bintang berekor di-langit yang chahaya 'ajaib-nya hanya timbul sa-kali tiap2 dua ratus tahun".