Johannesburg

Johannesburg
eGoli  (Bahasa Zulu)
Bandar Raya Johannesburg
Latar langit Johannesburg sewaktu siang dari Carlton Centre
Nama panggilan: Jo'burg; Jozi; Muḓi Mulila Ngoma (Venda), Joni (Tsonga); Jobhag (Bhojpuri); Egoli ("Kawasan Emas"); Gauteng ("Kawasan Emas")
Cogan kata: Unity in Development
Bahasa Melayu: Bersatu dalam Pembangunan
OpenStreetMap
Johannesburg
Johannesburg
Johannesburg
Koordinat: 26°12′16″S 28°2′44″E / 26.20444°S 28.04556°E / -26.20444; 28.04556
Negara Afrika Selatan
Provinsi Gauteng
PerbandaranBandar Raya Johannesburg
Ditubuhkan1886
Pentadbiran
 • JenisPerbandaran metropolitan
 • Datuk BandarKabelo Gwamanda (Al Jama-ah)
Keluasan
 • Bandar Raya1,644.98 km2 (635.13 batu persegi)
 • Bandar
3,357 km2 (1,296 batu persegi)
Aras
1,753 m (5,751 ft)
Penduduk
 (2019)
 • Bandar Raya5635127
 • Bandar
8,000,000
 • Kepadatan bandar2,400/km2 (6,200/batu persegi)
 • Metro
10,500,000
Demografi kaum (2019)
 • Hitam76.4%
 • Putih12.3%
 • Coloured5.6%
 • India/Asia4.9%
 • Lain-lain0.8%
Bahasa ibunda (2011)
 • Zulu23.41%
 • Inggeris20.10%
 • Sesotho9.61%
 • Setswana7.68%
 • Afrikaans7.28%
 • Lain-lain18,10%
Zon waktuUTC+2 (Waktu Piawai Afrika Selatan)
Poskod (jalan)
2001
Kod kawasan010 dan 011
HDI 0.75 High (2012)
GDPUS$131 bilion (2020)
GDP per kapita (PPP)US$16370 (2014)
Laman sesawangwww.joburg.org.za

Johannesburg atau lebih dikenali sebagai Jo'burg atau Bandar Raya Emas terletak di kawasan tinggi iaitu pada ketinggian 1,753 meter (6 000 kaki) di atas paras laut. Bandar raya ini adalah ibu negeri Gauteng. Luas kawasannya 1,644 kilometer persegi, dengan purata kepadatan penduduk seramai 1,962 orang setiap kilometer persegi. Walaupun, Johannesburg bukan ibu negara Afrika Selatan tetapi ia merupakan bandar raya terbesar di Afrika Selatan. Malah bandar raya ini merupakan salah satu daripada 40 bandar raya metropolitan yang terbesar di dunia, dan adalah bandar raya di benua Afrika yang tergolong sebagai bandar raya global. Satu kajian di bawah kelolaan Mastercard pada 2007, meletakkan Johannesburg sebagai 47 daripada 50 bandar raya utama di dunia sebagai pusat perdagangan bertaraf antarabangsa (bandar raya tunggal di seluruh benua Afrika) .

Selain itu, ia merupakan pusat ekonomi yang paling penting di negara ini dan juga di seluruh benua Afrika. Bursa Saham Johannesburg (JSE) adalah bursa saham terbesar di Afrika dan yang ke-16 terbesar di dunia.