Jin
Jin (Arab: جن, rumi: jinn) merupakan sejenis makhluk halus.
Nama makhluk ini datang daripada akar Arab: جَنّ / جُنّ jann yang bermaksud "menutupi" atau "menyembunyikan" - ada yang melanjutkan tafsiran ini kepada benda yang "tersembunyi daripada pancaindera [manusia]" (that are concealed from the senses). Perkataan-perkataan lain yang seakar termasuk majnūn atau junun ("gila"), jannah ("taman", "kebun" atau "syurga”) serta juga janīn.