James VI dan I

James VI and I
James VI dari Scotland pada tahun 1587–1613, oleh Paulus van Somer (1576–1621)
Raja Scotland (more...)
Pemerintahan24 Julai, 1567 – 27 Mac, 1625 (57 tahun, 246 hari)
Kemahkotaan29 Julai, 1567
Didahului olehMary I
Diikuti olehCharles I
Pemangku rajaJames Stewart, Earl Moray
Matthew Stewart, Earl Lennox
John Erskine, Earl Mar
James Douglas, Earl Morton
Raja England dan Ireland (more...)
Pemerintahan24 Mac, 1603 – 27 Mac, 1625 (22 tahun, 3 hari)
Kemahkotaan25 Julai, 1603
Didahului olehElizabeth I
Diikuti olehCharles I
Raja permaisuriAnne dari Denmark
Anakanda
antara lain...
Henry Frederick, Putera Wales
Elizabeth, Ratu Bohemia
Charles I dari England
Robert Stuart, Duke Kintyre
KerabatKerabat Stuart
AyahandaHenry Stuart, Lord Darnley
BondaMary I dari Scotland
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "date of death"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "place of death"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "place of birth"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "imgw"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "date of birth"

James VI & I (19 Jun, 1566 – 27 Mac, 1625) adalah Raja Scotland sebagai James VI bermula pada tahun 1567 hingga 1625, dan Raja England dan Ireland sebagai James I bermula pada 1603 hingga 1625.

Beliau menjadi Raja Scotland sebagai James VI pada 24 Julai, 1567, semasa beliau berumur 13 bulan, mengantikan ibu beliau Mary, Ratu Scotland. Pemangku raja memerintah semasa beliau kecil, yang mana tamat secara rasminya pada tahun 1578, meskipun beliau tidak mendapat kuasa sepenuhnya ke atas kerajaan beliau sehingga tahun 1581. Pada 24 Mac, 1603, sebagai James I, beliau mengantikan raja England dan Ireland terakhir dari Dinasti Tudor, Elizabeth I, yang mangkat tanpa waris. Beliau kemudian memerintah Kerajaan England, Scotland, dan Ireland selama 22 tahun, sering menggunakan gelaran Raja Great Britain, sehingga kematian beliau pada umur 58 tahun.

Di bawah pemerintahan James, "Zaman Keemasan" sastera dan drama dari era Elizabeth diteruskan, dengan para penulis seperti William Shakespeare, John Donne, Ben Jonson, dan Sir Francis Bacon memberi sumbangan budaya kesasteraan yang maju. James juga merupakan seorang sarjanawan yang berbakat, dan merupakan penulis bagi kerja-kerja seperti Daemonologie (1597), True Law of Free Monarchies (1598), and Basilikon Doron (1599). Sir Anthony Weldon mendakwa bahawa James disebut sebagai "si si bodoh dalam Dunia Kristian", satu gelaran berkaitan dengan perwatakan beliau sejak itu.