Jam 24 jam
| Sistem 24 Jam | Sistem 12 Jam |
|---|---|
| 00:00 | 12:00 tengah malam (pangkal hari) |
| 01:00 | 1:00 pagi |
| 02:00 | 2:00 pagi |
| 03:00 | 3:00 pagi |
| 04:00 | 4:00 pagi |
| 05:00 | 5:00 pagi |
| 06:00 | 6:00 pagi |
| 07:00 | 7:00 pagi |
| 08:00 | 8:00 pagi |
| 09:00 | 9:00 pagi |
| 10:00 | 10:00 pagi |
| 11:00 | 11:00 pagi |
| 12:00 | 12:00 p.m.* tengah hari |
| 13:00 | 1:00 tengah hari |
| 14:00 | 2:00 petang |
| 15:00 | 3:00 petang |
| 16:00 | 4:00 petang |
| 17:00 | 5:00 petang |
| 18:00 | 6:00 petang |
| 19:00 | 7:00 malam |
| 20:00 | 8:00 malam |
| 21:00 | 9:00 malam |
| 22:00 | 10:00 malam |
| 23:00 | 11:00 malam |
| 24:00 | 12:00
(tengah malam) |
| * Rujuk "Perbezaan penyataan tengah hari dan tengah malam" | |
Jam 24 jam merupakan amalan penjagaan waktu yang mana sehari menjangkau dari tengah malam ke tengah malam dan terbahagi kepada 24 jam yang ditandai oleh jam-jam yang berlalu sejak tengah malam, dari 0 hingga 23. Sistem ini adalah yang paling laris digunakan di dunia pada masa kini, dan juga piawaian antarabangsa (ISO 8601) untuk notasi waktu. Dalam amalan perubatan, jam 24 jam umumnya digunakan dalam pendokumenan jitu untuk mengelakkan sebarang kekaburan berkenaan peristiwa-peristiwa dalam sejarah perubatan seseorang pesakit. Ia juga dikenali ramai sebagai military time (waktu tentera) or astronomical time (waktu astronomi) di Amerika Syarikat, Kanada, dan beberapa negara lain yang masih dikuasai oleh jam 12 jam.