Ismaël Bennacer

Ismaël Bennacer
Maklumat peribadi
Nama penuh Ismaël Bennacer
Tarikh lahir (1997-12-01) 1 Disember 1997
Tempat lahir Arles, Perancis
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Midfielder
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor 4
Kerjaya remaja
2004–2015 Arles
2015–2017 Arsenal
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2015 Arles B 16 (0)
2015 Arles 6 (0)
2015–2017 Arsenal 0 (0)
2017 → Tours (pinjam) 16 (1)
2017–2019 Empoli 76 (2)
2019– Milan 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2015 Perancis B18 4 (1)
2015–2016 Perancis B19 7 (1)
2016– Algeria 17 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 09:19, 3 Jun 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13:46, 23 Julai 2019 (UTC)

Ismaël Bennacer (Arab: إسماعيل بن ناصر; lahir 1 Disember 1997) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Algeria yang bermain di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A Itali, Milan dan pasukan kebangsaan Algeria.

Dalam peringkat kelab, Bennacer telah mewakili pelbagai pasukan yang beraksi di liga negara Perancis, England dan Itali sepanjang kariernya. Dalam peringkat antarabangsa pula, beliau telah melakukan penampilan sulung untuk pasukan Algeria pada tahun 2016 dan telah mewakili negara itu ke dalam dua edisi Piala Negara-Negara Afrika. Beliau sebahagian daripada skuad Algeria yang memenangi Piala Negara-Negara Afrika 2019 dan telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.