Islam di Kazakhstan

Islam ialah agama terutama yang dianuti di Kazakhstan. Bersama-sama dengan kelompok etnik Muslim yang lain, termasuk orang Uzbek, orang Uyghur dan orang Tatar, orang Kazakh etnik yang terdiri daripada melebihi separuh jumlah penduduk menyebabkan penduduk beragama Islam merupakan sekitar 70% daripada jumlah penduduk di Kazakhstan. Sebahagian besar orang Kazakh etnik ialah Muslim Sunni daripada mazhab Hanafi. Islam dibawa oleh orang Arab ke Kazakhstan dan tiba di kawasan ini buat pertama kali pada abad ke-8.