Invois

Invois atau bil ialah dokumen perdagangan yang dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli. Ia menyebut barangan, bilangan, dan harga yang ditetapkan bagi barangan atau perkhidmatan yang diberikan oleh penjual kepada pembeli. Invois mengehendaki pembeli itu untuk membayar penjual mengikut terma-terma pembayaran. Pembeli diberi had masa beberapa hari untuk melunaskan pembayaran itu, dan adakalanya ditawarkan potongan harga sekiranya membayar sebelum tarikh akhir.

Dalam industri penyewaan, invois mestilah menyatakan tempoh masa yang dibilkan, maka ia bukan sahaja berdasarkan bilanga, harga dan potongan, bahkan juga jangka masa.

Dari sudut pandangan penjual, invois itu adalah invois jualan. Dari sudut pandangan pembeli pula, invois itu adalah invois belian. Dokumen menyebut pembeli dan penjual sekali, tetapi istilah invois ini bermaksud wang itu adalah hutang pembeli kepada penjual. Justeru, konteks istilah invois digunakan untuk memperjelas maknanya, seperti "Kami mengirim invois kepada mereka" (mereka berhutang wang kepada kami) atau "Kami menerima invois daripada mereka" (kami berhutang wang kepada mereka).