Interseks

Keinterseksan manusia merujuk kepada gabungan ciri fizikal pertengahan atau atipikal yang biasanya membezakan lelaki daripada perempuan. Ini biasanya difahami sebagai kongenital dan melibatkan:

  • kromosom; dan
  • anomali morfologi, kemaluan dan/atau gonad, misalnya penyimpangan daripada perwakilan XX=wanita atau XY=lelaki yang stereotaip seperti yang berikut:
    • balikan seks (XY=perempuan, XX=lelaki);
    • ketaksaan kemaluan; dan
    • perbezaan pembangunan seks.

Individu interseks mempunyai kedua-dua ciri biologi jantina lelaki dan perempuan. Keinterseksan ialah istilah yang diperkenalkan dalam bidang perubatan pada abad ke-20 untuk merujuk kepada manusia yang mempunyai jantina biologi yang tidak dapat dikelaskan sebagai lelaki mahupun perempuan. Sebaliknya, interseks ialah istilah yang diterimagunakan oleh gerakan politik identiti untuk:

  • mengutuk protokol perubatan yang berkenaan dengan penentuan jantina; dan
  • menuntut hak untuk didengar dalam pembinaan istilah yang baharu.