Iliad

Ilias (Bahasa Yunani Kuno: Ἰλιάς, Iliás; bahasa Inggeris: Illiad, juga Iliad) merupakan suatu sajak wira satamatra dikarang zaman Yunani Kuno dipercayai gubahan Homeros sekitar abad ke-8 Sebelum Masihi. Ia merupakan salah satu karya sastera tertua dalam benua Eropah (serta antara yang dua selain Odýsseia dari penulis sama) yang masih ada sampai sekarang.

Sajak ini berlatarkan peperangan mengepung kota Troia (atau nama lainnya Ilion, Yunani: Ἴλιον; maka sajak ini bermaksud "Gita Ilion") selama sepuluh tahun yang dilancarkan orang-orang kota Mykenai (Akhaya); ia mengisahkan helah seorang pahlawan bernama Akhilleus yang dapat menawan askar-askar kota tersebut serta kemudiannya memuncak kepada perlawanannya menentang Raja Agamemnon.