Husky Siberia

Husky Siberia
Husky Siberia hitam dan putih
Nama lainChukcha
Nama ringkasHusky
Sibe
Negara asalRusia
Trait
Berat Jantan 45–60 paun (20–27 kg)
Betina 35–50 paun (16–23 kg)
Tinggi Jantan 21–23.5 inci (53–60 cm)
Betina 20–22 inci (51–56 cm)
Bulu Lapis bulu ganda tebal
Warna Semua warna antara hitam dengan putih metah, dan termasuk mana-mana warna dan tanda berbeza
Saiz perinduk 4–8 ekor anak anjing
Anjing (Canis lupus familiaris)

Husky Siberia ialah satu baka anjing pekerja kereta luncur salji bersaiz sederhana. Baka ini tergolong dalam keluarga genetik spits. Ia dapat dikecam mengikut lapis bulu ganda tebal, telinga segi tiga tegak, dan tanda-tanda distingtif, dan lebih kecil daripada malamut Alaska yang berpenampilan serupa.

Husky Siberia berasal dari Asia Timur Laut. Di sana, ia dibiakbakakan oleh orang Chukchi serta orang Koryak, orang Yukaghir, dan orang Kamchadal dari Siberia untuk penarikan kereta luncur salji dan sebagai pendamping. Ia merupakan baka giat, bertenaga, dan bingkas, yang leluhurnya datang dari persekitaran sangat sejuk dan mencabar di Artik Siberia. William Goosak, seorang pedagang bulu, memperkenalkannya ke Nome, Alaska semasa Kerubut Emas Nome, pada mulanya sebagai anjing kereta luncur salji untuk mengerjakan lapangan perlombongan dan untuk ekspedisi melalui rupa bumi yang sukar dilalui. Kini, husky Siberia biasanya dibela sebagai anjing peliharaan rumah, namun ia masih kerap digunakan sebagai anjing kereta luncur salji oleh para musher pertandingan dan rekreasi.